~~KERETAKU~~

~~KERETAKU~~

Thursday, October 14, 2010

13/10/10 RABU

Hai semua!!

Pada hari ni aku rase segar sgt time bgun tido..mana tak nya, jam2ptg bru bgun setelah mula tido jam2 pagi (1 pusingan jam dinding gak r) haha..merasakan badan yg ketandusan peluh ak membuat kesimpulan tuk mgajak member2 men badminton..

Then ada pulak makhluk bernama SHAHIR beli setabung shuttlecock berjenama LI-NING..bertambah semangat lah aku, maklumla da sedekad x men ni..hohoho,,,bola tersebut berkelajuan 77 (xtau cmana nk ukur die) dan boleh r dikatakan sedap gak..tapi masalahnya venue kami bermain mempunyai angin yg kuat akibat pusingan kipas air cond yg laju,, digunakan staff UKM,,, kerana ramai staff balik lambat (over time kott)..

Antara yg main ialah en TAHIR NAPSTER ITIK KUNYIT, SHAHIR (IR OK BUKANNYA AF), Aifat, Wak Kong Barua, Abib Sarawak, Aso yang Baru kehilangan LC NYA dan lain2....Walaupun main suka2 tetapi oleh kerana da lama x men maka badan akan merasa kesakitan apabila melakukan pukulan x henti2..OH ya x lupa gak kepada Meen dan Azie yg menonton, walaupun ada cubaan dari Meen nak bermain secara agresif namun pakaiannya x berapa mengizinkan..hahahaha

So, balik2 kepenatan dan lepas maghrib tertido lak..





zzzzzzzzzzz..













zzzzzzzzzzz...










woi!!
peh ad musang kejut aku lak..Tahir da lapa..so kena r memahami beliau kerana beliau seorang yg kuat makan dan kuat buang..huhuh..

Then ada sorg awek ni lak msg aku..nak dtg bilik aku malam ni, peh dtg2 tgok SI ARZAT yg ku rindui da lame x kujumpai..haha

So x pasal2 ad plak die bawak Aqrill ngn Vavi..nak menginterview aku sebagai Presiden PERMAJ,,tuk tugasan assignment mereka..aku pun pasrah je r, jwab sume soklan n rase da macam ap lak walaupun jwb penuh confident..hahaha bongkak sebentar yer..

Soalan die senang je, n aku pun tibai je r jawab..antaranya :

ARZAT : Apakah visi serta misi persatuan yang anda pikul, dan apakah pandangan anda terhadap persatuan ini?

aku ::: Persatuan ini ditubuhkan pada 7 Disember 1975 di Universiti kebangsaan Malaysia di Lembah Pantai, Matlamat persatuan ini ditubuhkan ialah membantu Kerajaan Negeri Johor di dalam melaksanakan dasar kerajaan dan memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang kepimpinan dan organisasi

Objektif

- Sebagai badan penyatu mahasiswa, kakitangan serta pensyarah yang berasal dari negeri Johor Darul Takzim.

- Menjaga kebajikan setiap anggota ahlinya di dalam hal-ehwal kemasyarakatan.

- Melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berpengetahuan dan pengalaman di dalam hal-hal pentadbiran organisasi.

- Menjalankan kegiatan berfaedah dan dapat menerima masyarakat pelajar dan masyarakat luar serta merancang kegiatan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan Negara.

Dasar Dan Prinsip Persatuan

Persatuan menganjurkan dasar kekeluargaan dan keterbukaan yang bermakna setiap ahli-ahli tiada jurang perbezaan antara mereka dan mereka dianggap seperti adik beradik bila berpersatuan dengan batas-batas tertentu.

Keterbukaan melambangkan kepada kebolehan persatuan menerima ahli yang bukan dari negeri Johor kerana mereka berminat dan ingin mengenali negeri Johor dengan lebih mendalam.

Persatuan merupakan persatuan yang akan menjadi penyokong kerajaan di dalam menjalankan persatuan dan menjadi jambatan antara mahasiswa dan pemimpin Negara untuk manfaat bersama

Berharap agar dapat membantu ahli-ahli mendapat manfaat dan faedah persatuan yang tinggi apabila menyertai persatuan ini melalui pengalaman berorganisasi dan sebagainya.

Amik ko aku da jawab soalan Arzat, rase2 dapat markah penuh ni..hahaha pape pun arini aku rasa hidup ak agak sempoi tanpa banyak membuat kerja yg sepatutnya walaupun assignment ad lg untuk dibuat..maka, majulah Johor FC untuk aku..bye2....

No comments:

Post a Comment