~~KERETAKU~~

~~KERETAKU~~

Friday, December 31, 2010

HAPPY NEW YEAR KAWAN2!!

MALAM NEW YEAR,,,,



SALAM SEMUA,,

Apakah itu malam new year?

adakah sama cm malam Jumaat or malam2 yg lain??

hahahaha,,malam new year adalah malam yg bgitu dinanti2kan oleh semua..x dinafikan, aku pun rase ternanti2 kan malam tersebut..but adakah malam new year 2 best?hehehe

memg best pon,

kalau kat KL ni, memg banyak tempat untuk meraikannya,,antara tempat yang famous org salu berkumpul ialah :

1) Dataran Merdeka (of course)
2) KLCC
3) PUTRAJAYA
4) mapley hahaha

malam ni adalah malam new year,,tp aku xde mood nak kuar la plak,,save duit..huhu
ramai kawan2 aku yang kuar celebrate,,ada yg ajak aku,,ad yg x ajak,,
xpe aku cikit pon x kecik hati...aku ley kuar sendiri kalau nak kuar haha

Dengar cter sorang kawan aku ni sanggup lik kg nya yang kt JB 2,,then p masuk SINGAPORE lak,,ad sedara mara nak wat celebration new year kt recreation club ternama disana. sampai hati x ajak kan,,,,

ye r,,kita mana ad sedara orang singapore kan (shahir, ody abah)....hahaha
abah ad sedara siam relax je xde pon xcited nk lik GOLOK huhu

so, new year macam2 dorang wat,,kalo kt KL ni r antara yang dorg wat :





buang bayi??dosa ni........



berkumpul mendengar ceramah agama



pertunjukan bunga api,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

konsert nasyid


Memg macam2mende yang rakyat kita wat time ni,,untuk mereleasekan tension mereka,,
x salah pon,,huhu
so pandai2 r jage diri agar x jatuh ke lembah yang hina,,wahh apa aku merepek ni

so sekian la tulisan aku yang x seberapa..salam hahaha


Thursday, December 30, 2010

~~PERBEZAAN PTPTN DAN JPA~~

DUIT BUDAK JPA

DUIT BUDAK PTPTN

Sape kat cni penerima JPA??

SAPE LAK YANG DAPAT PTPTN??

hahaha,,memg suke tol aku kalo nak memerihalkan tentang 2 situasi ni,,memg students IPT lah antara mereka yang berada dalam golongan sasaran ni tuk aku ceritakan...aku akan cuba bersikap fair dalam hal ni walaupun aku akan condong keArah PTPTN...

JPA ni actually biasiswa yang kita mohon pada awal2 dulu b4 nak masuk kt U..jumlahnya memg lumayan, dengar citer every sem sorang akan dapat 5k n kalo tolak yuran pon plg tidak pon dpt 4k..4k adalah untuk belanja penuh individu terbabit sepanjang semester..

Jika didarabkan dengan 6 sem..lebih kurang 30k r dorang dapat untuk 3 tahun kt IPT..tp dengor cter, JPA ni x adil cara untuk diagihkannya..dulu aku penah pegi ke sebuah pjbt kjaan terdekat tuk jumpa seorg orang besar..time aku masuk pejabat die, aku duk r n bual2..then ad lak sorang lagi kira cam kawan die gak r(orang besar gak) dr department lain antar borang..katanya"tolong kawan ea?anak kawan ni,nak sgt dapat JPA..."

aku yang dgor ni sentap la pe lg,,orang besar yg aku jumpa 2 teros cop "SOKONG" n sign(aku rasa sign die yg plg cntik dlm hidup die) kt borang 2..tp aku rasa ni pkara biase je kot..kadang2 aku tgk kawan2 yang pointer2 tggi2 kt UKM ni pon mohon n x dapat JPA..aku rasa mesti mangkok2 sebegini yang memintas peluang seseorg tuk dapat JPA...apalaa nasib huhu...

PTPTN plak, adalah badan pemberi pinjaman yang tersohor kt negara kita ni..hahaha malas ah nak taip nama panjang die bukan aku ley jadikan die biasiswa pon hahaha

Every sem pminjam akan menerima dalam 3.250k..tolak2 yuran ade r dlm 2k..mase mula2 nak pinjam dulu, macam-macam prosedur die,,peh,,setem hasil die kalo senget suh beli baru,,cam haram...x masuk kene maki lagi ngn pgawai die...cas telah dikurgkan menjadi 1% dan aku x pedulik pon mende alah ni pasal aku rasa nti time byr balik confirm r mahal....

so kt cni, aku lihat ad 2 lapisan masyarakat kat cni
1)Penerima JPA:golongan terhormat dan elit-elit(bukan atlit)haha
2)Peminjam PTPTN:name pon da pinjam haha paham2 r

kadang2 aku pelik gak,aku ni peminjam je sebenarnya, tapi taraf kewangan aku xde r teruk cmana pon..

yang si Penerima JPA lak, sibuk bisg JPA masuk lmbat(hai yg sem lepas pnya da abes ke??nak kata belanja orang lain rase2 xde)...

Kadang2, budak yang ada seciput wet PTPTN lagi murah hati dari Sang Penerima..yang ada JPA lak kedekut dan agak bangga dengan reputasi mereka sebagai "budak JPA"...namun ada gak dak JPA yang x lokek gak, maybe lokek pasal nak kawen kan..tp dak JPA x ley kawen awal gak kan..kene keje dulu hahah...

2 perbezaan ketara
PTPTN:mesti dibayar selepas belajar, maka duit yg diterima di IPT lantak koranglah nak wtpe pon(tapi jangalah beli pil kuda cm dak kt berita semalam)haha
JPA:wet 2 adalah amanah, kerajaan bg tuk jd modal insan yang baik dan apbila tamat hope dpt berbakti kpd negara,jgnla bantai tukar rim kete je kejenya huhu

so, nasihat aku kepada semua penerima dan peminjam...
kalo ad wet 2,sama2 lah kita belanja kawan2 kita,rezeki 2 x kemana..kalo belanja kawan2 ad gak faedahnya..hahaha

p/s:aku lak kalo dpt JPA aku nak pakai kete INSPIRA hahah

SEMESTER BARU,,

Pejam kelip pejam kelip,da tahun 3 akhirnya..aduh,kalo tahun 3 je xpe, ni da last sem lak 2..xpuas lagi aku nak blaja rupanya(walaupun ak rasa x penah salin nota dari 1st year)..tempoh masa 3 ahun yang diberkan kpd kita hanya 3 tahun, too short kalau kita benar2 nak tahu tntg dunia ini..

Aku sgt suka blaja kt UKM ni, walaupun kadang kala aku rasa duk umah lg best..tp kan, kat cni la kita dapat segalanya, ilmu,kawan,kebebasan dan macam2 lg..x terlepas juga wet PTPTN YG CIKIT dan kene byr balik hahaha..macam siput..

Aku rasa ramai gak yang setuju ngn aku, n dah ad pon member2 ak yang da praktikal je n ley jumpa time konvo..da akhir sem, keputusan pn mesti kene bagus gak, aku da r x penah dpt dekan..aduh..rase cm terkebelakang lak diri ini huhuhu tp apa de hal ngn dekan, dekan pon bukan kenal aku..

Sape tau camana nak dapa dekan??

kalo tau pon mesti korang dapakan untuk diri sendiri je kan, hehehe..xpe aku x nak pon dekan 2, tp kalo dapt kire bonus akhir ahun la..anyway, selamat la ek tuk semua..

mak n adik beradik aku yang banyak menghulurkan bantuan kewangan hehehe

syg aku Ezzati yang bakal belanja aku MCD

kepada kawan2 aku yg banyak membantu aku dalam semua hal

hahahaha

wish me gud luck for my 2011......



Thursday, October 14, 2010

13/10/10 RABU

Hai semua!!

Pada hari ni aku rase segar sgt time bgun tido..mana tak nya, jam2ptg bru bgun setelah mula tido jam2 pagi (1 pusingan jam dinding gak r) haha..merasakan badan yg ketandusan peluh ak membuat kesimpulan tuk mgajak member2 men badminton..

Then ada pulak makhluk bernama SHAHIR beli setabung shuttlecock berjenama LI-NING..bertambah semangat lah aku, maklumla da sedekad x men ni..hohoho,,,bola tersebut berkelajuan 77 (xtau cmana nk ukur die) dan boleh r dikatakan sedap gak..tapi masalahnya venue kami bermain mempunyai angin yg kuat akibat pusingan kipas air cond yg laju,, digunakan staff UKM,,, kerana ramai staff balik lambat (over time kott)..

Antara yg main ialah en TAHIR NAPSTER ITIK KUNYIT, SHAHIR (IR OK BUKANNYA AF), Aifat, Wak Kong Barua, Abib Sarawak, Aso yang Baru kehilangan LC NYA dan lain2....Walaupun main suka2 tetapi oleh kerana da lama x men maka badan akan merasa kesakitan apabila melakukan pukulan x henti2..OH ya x lupa gak kepada Meen dan Azie yg menonton, walaupun ada cubaan dari Meen nak bermain secara agresif namun pakaiannya x berapa mengizinkan..hahahaha

So, balik2 kepenatan dan lepas maghrib tertido lak..





zzzzzzzzzzz..













zzzzzzzzzzz...










woi!!
peh ad musang kejut aku lak..Tahir da lapa..so kena r memahami beliau kerana beliau seorang yg kuat makan dan kuat buang..huhuh..

Then ada sorg awek ni lak msg aku..nak dtg bilik aku malam ni, peh dtg2 tgok SI ARZAT yg ku rindui da lame x kujumpai..haha

So x pasal2 ad plak die bawak Aqrill ngn Vavi..nak menginterview aku sebagai Presiden PERMAJ,,tuk tugasan assignment mereka..aku pun pasrah je r, jwab sume soklan n rase da macam ap lak walaupun jwb penuh confident..hahaha bongkak sebentar yer..

Soalan die senang je, n aku pun tibai je r jawab..antaranya :

ARZAT : Apakah visi serta misi persatuan yang anda pikul, dan apakah pandangan anda terhadap persatuan ini?

aku ::: Persatuan ini ditubuhkan pada 7 Disember 1975 di Universiti kebangsaan Malaysia di Lembah Pantai, Matlamat persatuan ini ditubuhkan ialah membantu Kerajaan Negeri Johor di dalam melaksanakan dasar kerajaan dan memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang kepimpinan dan organisasi

Objektif

- Sebagai badan penyatu mahasiswa, kakitangan serta pensyarah yang berasal dari negeri Johor Darul Takzim.

- Menjaga kebajikan setiap anggota ahlinya di dalam hal-ehwal kemasyarakatan.

- Melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berpengetahuan dan pengalaman di dalam hal-hal pentadbiran organisasi.

- Menjalankan kegiatan berfaedah dan dapat menerima masyarakat pelajar dan masyarakat luar serta merancang kegiatan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan Negara.

Dasar Dan Prinsip Persatuan

Persatuan menganjurkan dasar kekeluargaan dan keterbukaan yang bermakna setiap ahli-ahli tiada jurang perbezaan antara mereka dan mereka dianggap seperti adik beradik bila berpersatuan dengan batas-batas tertentu.

Keterbukaan melambangkan kepada kebolehan persatuan menerima ahli yang bukan dari negeri Johor kerana mereka berminat dan ingin mengenali negeri Johor dengan lebih mendalam.

Persatuan merupakan persatuan yang akan menjadi penyokong kerajaan di dalam menjalankan persatuan dan menjadi jambatan antara mahasiswa dan pemimpin Negara untuk manfaat bersama

Berharap agar dapat membantu ahli-ahli mendapat manfaat dan faedah persatuan yang tinggi apabila menyertai persatuan ini melalui pengalaman berorganisasi dan sebagainya.

Amik ko aku da jawab soalan Arzat, rase2 dapat markah penuh ni..hahaha pape pun arini aku rasa hidup ak agak sempoi tanpa banyak membuat kerja yg sepatutnya walaupun assignment ad lg untuk dibuat..maka, majulah Johor FC untuk aku..bye2....

Tuesday, October 12, 2010

hari ini dalam sejarah..


Hari ni da masuk hari ke 3 ak x sentuh keje aku..padahal tggal cikit je..bler r aku ley wat keje ak ni ek..asal nak wat jek, ad movie baru yg mnjelma..dengan itu nafsu akan terarah kepada movie kerana menonton movie adalah lebih best dr wat assignment..

pape hal pn kat cini aku nak citer cikit pasal moto aku yg nama JKV 2..da lame aku x sentuh die,,sian aku tgk..takut die jeles lak dengan kehadiran WUK..

adoii!!
camana ni..xde r, aku rase die da byk bjasa kat aku..da lebih 25000 batu nautika kot aku jalan ngan die..tp nasib baik die xde wat hal sgt sepanjang jalan ngn aku..aku rase sok nak g jejalan ngan die r, lgpun rabu aku mmg xde kelas..nak basuh die, isi minyak kasi full tank(walaupun minyak akan dibalun oleh Tahir ngn Shahir wat g UO men badminton)..hahaha relax2 jgn mara beb..

So, aku harap aku akan tunaikan hasrat aku ni sok..
pada motoku yg hensem, jgn majuk2 ea..adik WUK 2 xkan menganggu kesetiaan JKV yg da lame kawan ngn aku..

hah x dilupakan jua, esok aku akan amik gambar JKV byk2 supaya ley masuk dalam blog aku ni hahaha..kepada Tahir,, jgn kaco aku kalo ngah taip blog, sekurang2 nya aku ad gak blog, walaupun aku hanya reti menaip je ( nk tukar background n tambah gadjet pn masih suam2 kuku je) haha

maka, dengan ini tepat jam 1.30 pg saya menangguhkan tulisan ni dengan majulah Arsenal untuk sukan negara..sekian
huhu







suasana di highway menuju ke selatan( km 218..)


Wajah JKV di kala zaman kegemilangannya...



Kelajuan yg amat laju
hahaha
patot r smpai Kluang dr Bangi cecah 5 jam
(pakej anta Hakim masuk Alor Gajah)

Monday, October 11, 2010

Kemalangan Maut Membabitkan 6 Buah Kenderaan



Honda Accord yang remuk



Mangsa2 sedang menunggu rawatan bergelimpangan di atas highway



Kesesakan lebih 10km , orang ramai berpusu2 mahu melihat kemalangan



Myvi yang dihempap Bus Ekspress Delima


Tarikh 10.10.2010 bukan sahaja menjadi tarikh keramat bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan, tetapi jugak tarikh yang amat memilukan kepada keluarga mangsa-mangsa kemalangan ngeri yang berlaku di kilometer 223.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat.

Sebanyak 6 kenderaan terbabit di dalam kemalangan maut ini iaitu Bas ekspress Delima, Bas Jabatan Kebajikan Masyarakat, Toyota Vios, Perodua Myvi, Honda Accord, dan Toyota Hiace.

Kemalangan yang membabitkan 6 kenderaan ini mengorbankan 12 orang dan 40 orang yang lain cedera parah.

Kemalangan ngeri ini disifatkan paling tragis untuk tahun ini.

Kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit menghempap dua kereta dan kemudian melanggar sebuah van sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja’afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.

PERHATIAN: Gambar di bawah sekadar untuk paparan umum dan memberi pengajaran kepada pengguna lebuhraya di Malaysia.



Sumber: (Gambar) Kemalangan Ngeri Pada Tanggal 10.10.2010 Yang Membabitkan 6 Kenderaan |HAFIZ RAIS

UPDATE: Berikut senarai nama 11 dari 12 mangsa yang maut kemalangan bas yang telah dikenalpasti:

1. Ramachandra Ramasamy, 52 tahun pemandu bas Delima Ekspress dari Batu 3 3/4 Kg Tengah Klebang Besar, Melaka.

2. Muhammad Farrizudin Talib, 19 tahun dari Batu 3 Balai Panjang, Melaka

3. Nurshapika Baba, 19 tahun dari Pokok Mangga, Melaka

4. Azizi Ajiz, 20 tahun dariBt 27 Kg Gapis Nyalas, Asahan, Melaka

5. Norazmi Abdul Karim, 24 tahun dari Bt 20 Kg Pondok Kempas Selandar, Jasin Melaka.

6. Cin Thwa Tuang (Warga Myanmar)

7. Pau Khan Tual, 21 tahun (Warga Myanmar)

8. Kam Khaw Tual, 19 tahun (Warga Myanmar)

9. Ng Sok Kwan, 50 tahun

10. Shorene Sofea Fadzry Tan, 18 tahun dari Taman Semabok Perdana, Melaka

11. Goo Chuan Heng, 34 tahun (Pemandu Van) dari Taman Maju, Batu Pahat, Johor.

12. Identiti belum dikenalpasti.

Jumlah – 12 kematian.

UPDATE 1: 3 lagi mangsa yang cedera parah, meninggal dunia hari ini. Menjadikan kesemuanya 15 maut dalam kemalangan ini.



Sumber: (Gambar) Kemalangan Ngeri Pada Tanggal 10.10.2010 Yang Membabitkan 6 Kenderaan | HAFIZ RAIS

Hafiz Rais : new era of my life..

Aku sangat gembira sejak akhir2 ni..maklum la, da ad WUK..sape ley bg aku menatang ni ske2 kan..memg aku struggle gler nak dapatkan menatang ni..WUK ni xde r mahal sgt, tapi bg aku, yg still student memg r agak mlampau kecik2 da dapat apa yang diimpikan.

WUK ni warne putih, ada kaki bulat2 4 biji..da guna seminggu, bau masih lg suci, maklumla plastiknya pn baru bukak 2 3 hari..So, bermulalah hidup aku untuk menjaga 2 ekor binatang yg pada ak ni adalah suatu yg agk mncabar..kerana ap?? kerana masa ni aku pnye kewangan agak kucar kacir akibat ketidak seimbangan fulus dan modal berbalik yang x balik2( apa aku merepek ni)!!hahaha..

Anyway, hope hidup aku akan lebih baik lepas ni..kalo bukan dari skg kita nak kumpul harta, bler lg..ye x??nak tunggu anak 2 3 baru nk start??So kita msti berani, dengan sokongan fmili dan rakan2(yg kuat bodek) insyaAllah semua hasrat kita akan tercapai..tapi mesti usaha..

Gambar2 WUK akan aku upload kemudian..syg sgt kat WUK DAN JKV!!