~~KERETAKU~~

~~KERETAKU~~

Tuesday, November 22, 2011

GAJI OHH GAJI...


(aku sengaja letak kt background picture)



hah!..

ni yang aku nak marah ni...



anyway, salam..

hahahaha..

kambing malaun mahupun dugong..

mana gaji aku weh??




aduhh..

kerja punya la rajin,kesana sini..gaji bulan 10 pun tada mari lagi..

apasal??




dulu janji bukan kemain lagi..


hafiz u jgn cari kerja lain,

i da plan for ur career for the next 3-5 years..



u ada potential, i'll give u a best in ur life..trust me..




pehh da macam nak usha perempuan la plak..

kejadah mamat ni..dulu janji lain sekarang haprak pun xde,,

13 September 2011 sebelum abis praktikal janji nak sambung kontrak..




aku dengan bodonya pun menerimanya..


dah lah org lain praktikal kejap aku praktikal lama..

officeku yang ntahape-ape gagal menyertakan surat dari UKM untuk kepilan kepada pihak

dibawah untuk mengesahkan tempoh praktikalku disini..

maka dengan bangganya ak berpraktikal selama 5 bulan..

^^ sweet may-september




october-now??

aku da leh agak dah..



kata2mu hanya mimpi,,

disiang hari..




sebelumku abis praktikal kau berjanji manis denganku..

masuk bulan 10 ak da x sedap hati..
hitam putih macam dulu ko da x buatkan untuk aku..

x habis2 kata u akan dibayar oleh KBS..

dun worry bebeh..




gaji u akan naik..

kejadahnya semua ini??

bajet naik tinggi la?



ni belum aku nak citer pasal gaji untuk lepasan degree,,

gred gaji..

hak2 pekerja..

KWSP,,SOCSO,,INSURANS,,

sementara - kontrak - tetap



AKU DENGAN guard KT KBS NI SAMA JEK..AKU KAU..

tp no hal aku x kesah pun..dari pegawai2 besar x reti nak tepati janji n jaga perut sendiri jek..



aku nak makan apa skrg?

sape nak bayar duit bulan2?

kete aku nak minum apa?

ubat2 kereta aku yg sakit2 tu?

toll?xkan aku lalu nak senyum je kt minah @ mamat kutip toll?

awek?xkan aku x jaga dia?

kawan2?xkan dah kerja nak minta dibelanja lagi??




peh..stylo kan kerja skrg ni..

nak bagi gaji pun susah..menipu je kerjanya..

ak rasa bulan oktober x dapat gaji,, skrg bulan november,, 23 november,,

x lama lagi abis la bulan ni..pun x dapat gaji

2 bulan la x dapat gaji??




walao weh (skrip dari nasi lemak 2.0)

lu olang melayu sama melayu pun mau kencing ka?



hahahaha..

kambing golek betoii..

lapar..!!!!




mak,, nak duit..

mak aku pun da x nak bagi duit..

kereta da 2 bulan x bayar..

aduh..moto pun da x kuat..

asyik meletop2 jek ekzosssss...




hahaha skrg aku bosan..

nyesal ak x cari kerja masa berpraktikal dulu..

ni semua gara2 termakan janji palsumu itu..




aku kt opis pun da melalut skrg..

bantulah aku..Ya Allah..






Friday, April 8, 2011

DEDIKASI untuk WUK 4517 agar cepat sembuh,,,




Dalam tempoh seminggu,,
aku akan kumpulkan seberapa banyak SAGA yang serupa dengan kereta ku,,
rindu sangat pada keretaku,,
ada dolphin "pinky" kt blakang,,
ngan monyet2 melekat2 kt tgkap blakang,,
namanya cici ngn lala..
sob3,,,,,,,


so,,target ialah sebanyak 30 buah saga,,
maybe sekitar UKM dan Bangi
lain2 warna,,
lain2 bentuk rim,,
(diutamakan kepada SAGA yang da tukar rim)
yang penting,,SAGA..
SAGA BLM...



Telah kuhidupkan semula Blog ini untuk tatapan kamu semua..edisi : keretaku




Hari ni rasa2nya da sebulan aku x berblog,,
bukan apa,,blog aku hilang,,ni baru jumpe hahah


kereta,,
mana keretaku?
WUK 4517
da 2 minggu kot xde kereta,,plus pasni 2 minggu lagi,,
2 minggu + 2 minggu = sebulan,,
huhuhuhu


Kereta aku mengalami sedikit kecederaan pada sisi hadapan belah kanannya,,
kesan dari rim yang pecah tiba2,,
telah meletupkan zarah2 halus pada getah sekerap tayar hadapan belah kanan..
pommm~~


macam 2 kot bunyinya..
hehehehe
lalu memaksa pemandu memaut stereng kekiri dengan kemas..
yang mana stereng cenderung kesebelah kanan,,
kerana sudah tidak ada tayar dibelah kanan hadapan,,hehehe
akibat dri itu,,
beberapa part dalaman kereta aku punah hancur lebur dan sebagainya hahah


mungkin puncanya dari rim aku yang x bape mahal 2 (rim second)..
tapi aku tgk smart jek,,
2 yang aku bedal terus hahaha


so,,
beginilah aku,,baru bercita2 nak g exam nek kete,,
nek moto gak gamaknya,,
hehehe
plg ak tertekan,,
aritu p interview Giant nek moto,,
penat2 jek pakai hensem2 hahaha


maybe dalam 20-22hb aku ley dapat lik kete aku,,
skrg ada dibengkel sedang diperbetulkan,,
mintak2 cantik seperti dulu,,
laju sehingga mencecah 180km/j (akmal kate 170km/j jek plg laju)hahaha..
die x pro tu,,cam tuan punya kereta hahah


aku akan upload gambar kereta aku yg excident 2,,
walaupun da korg tgk kt FB huhu








Sunday, March 6, 2011

Malam ni saya agak x betul kerana,,,,




Adess..
orang cakap
usaha tangga kejayaan,,
tapi apa yang saya nak citer n ungkap ni
xde kene mengena pon ngn 2 semua..
sori laa..


saya ni cakap x serupa bikin,,
ckp x nak men blog tp akhirya,,
tumpas..
macam tumpasnya pasukan Johor FC sejak akhir2 ni huhu


malam2 camni..
xdapat tido..
xkan nak g terjun tasik kejut lak kan tunggu buaya makan
ade plak buaya kat c2..


xkan nak lalu bangunan FST baru then jalan kaki nak ke Zaaba lak
walaupun banyak babi hutan wat road block kt c2..
best lak kene sondol kang..


baik aku taip sesuatu kt ruangan yang ak ad
nak tulis kt FB..terlalu open
kt cini jela
sape yang terbaca..
bacalah
x baca..
no hal..
.............................................................................................


Asal la aku ni bodo sangat
dan aku diperbodohkan
da r ak ngn kawan baik aku pon da renggang haram
ni la aku
sekarang cam hape
macam2 masalah
duniawi ukhrawi


peh bosan sungguh hidup ni..
kenapa aku ni dihampakan sebegitu rupa
lgsg bagai tiada nilai
diri ini
perasaan kelaut


sentiasa fikir orang lain
risau
punah
buat kerja gila
musnah
susah bangun subuh
sedih
hampa
gelisah
sabar
pelajaran terabai
x tido malam
duit habis
mkn x tentu
musuh makin ramai
kereta makin dilenjan
bisu
kurang ajar
suka kutuk orang
sengal
cabut kelas
tesis x edit
merana
sanggup dilenyek steamroll
nak patahkan simcard
hentak henpon atas tar
hati x tenteram
salah
sentiasa x percaya orang
curiga
topup lagi banyak dr makan
hutang
terlalu murah hati
rela ditampar
kene mara
buli
kalah badminton
dulu baik sekarang x
berkata YA
keras hati
gila
asyik mintak mak duit
LOL
boros
buat kerja sendirian
tiada kawan baik
ditipu
bangang
nangis
kecewa
diperbodohkan
dikutuk belakang
x terurus
haram
jiwa kacau
kosong
kurang muhasabah diri
bangang
loser
bodoh(x berapa sangat la)
NOUVOKU DIABAIKAN


2 semua perasaan dan apa yg aku alami sekarang
ni jek yg aku ingat sepintas lalu..
gila la kalo aku sorg yg kena
yang kenakan aku ramai
tp ak x kesa
bagi aku
semua 2 ada hikmah


Ya Allah
kuatkan semangatku
semoga mereka dapat memahami diri aku yg sebenar
dan aku pun cuba memahami diri mereka
aku tahu aku bukan sesiapa pun
not perfect as u all wish


sang lelaki
kawan sampai mati
,,.....................................,,
kawan dunia akhirat
jgn sesekali berkata yg boleh menyakiti kawanmu
penat jerih kita lalui bersama
susah senang
makan minum
gelak ketawa
pedih dan sengsara
semuanya kita tempuh bersama
buat kawan2ku semua
kita tetap kawan sampai bila2
dulu hingga kini
tiada penyesalan berkawan dengan kamu semua


wanita...
ak cukup lemah denganmu
cuba la kau bodohkan aku
secara terang2an
bila susah kita dicari
bila senang
mudah saja ditinggalkan
oooooooooooooooooooooooo
entah siapa lg yg datang kepada kau lepas ni
tapi,,aku terima semua ini
tiada perasaan mungkin bagi kau
.....................................
itu dari pandangan aku


.............................................................................................
tiada apa yg perlu kita teruskan lagi
kecuali fikir2 sedalam mungkin..hidup perlu diteruskan..


hidup mati ditentukanNya
jika esok masih bernafas lg nadiku
pastiku syukur atas nikmatmu..aminn



Saturday, February 19, 2011

selamat tinggal,,



Aku rasa,,
da ley close blog ni kot,,
nak update pon da malas,,
hidup pon x tentu hala,,


kita ni,,
kalo nak apa yang kita nak,,
kita x kesa buang tenaga wang ringgit mahupun masa,,
cam 2 gak aku,,


but
skg sume da berlalu,,
masa depan perlu diteruskan,,,
aku da ley pikir apa yg terbaik untuk aku,,
keluarga,,
kerja,,
kereta,,
rumah,,
masa depan,,


so,,
skrg ni,,
kita relax je r,,
mana yang datang,,
kita capai,,
yg penting rezeki x kan lari ke mana2,,


harap sangat,,
kawan2 yang ada,,
hope support aku,,
jangan jadi kawan time senang je
time susah semua lari,,


makanya,,
rasa ni last entry aku tuk blog ni,,
da xde ap yg ley aku wat kt blog ni,,
da rasa x best,,
sape2 yang nama nya penah aku petik kat sini,,
maafkan la ek aku,,
saja jek nak glamourkan korg,,
hahahaha..


untuk terakhir kalinya,,
babai semua,,
assalamualaikum
...................................................



Tuesday, February 15, 2011

Sunday, February 13, 2011

Malam yang sepi pi.. pi....



MALAM NI,,
pelajar UKM x dapat perkhidmatan wifi yang dibayar sejak awal sem,,
MARAH!!

perlu ke aku marah??
kalau buat assignment sememngnya memerlukan internet,,
tapi malam ni hampa,,
sumber
dari jurnal or website gagal untuk kudapatkan,,

ADOIIIH,,
kenapa la macam ni,,
dulu,,
ok jer
skg,,
tgh2 sem la kamu mmbuat ragam,,
nanti kontrak da nak abis,,perform balik,,
plastik2,,

ko ngn politik sama je,,
tiada sape2 yang akan membuat kerja,,or bagi perkhidmatan yang terbaik
dari mula,,TENGAH2(FOKUS DISINI),,
MAHUPUN time ending(kalo perform pon,,pasal nak something yang ada kepentingan bagi mereka,,-kontrak disambung-)...
hahaha

disini ada gambar entiti yang tgh jahanam skg,,





sengal tol la,,
maka dengan ini sya terpaksa ke fakulti saya (malam valentine)
disamping on9,,dapat saya mencuci mata haha
weii!!
xde port lain ke??
hahaha
kantoi2 je r,,
pebenda r,,




Taubat2 la,,
bukan aku baik sgt
but orang lain yang ngah belajar ni (aku)
perlukan kosentrasi hehehe

malam ni
aku akan duk kt cini seberapa lama yang boleh
semoga esok hari akan memberi lebih kemajuan dalam pelajaranku hohoh (kuiz2)

selamat malam (^_^)




Thursday, February 10, 2011

sekitar gambaran di NUSAJAYA,,




















Suatu malam yang dingin,,tapi hati membara



Malam ni,,malam Jumaat..
panas semacam laaa,,
cuaca dan jua perasaan,,hahaha


malam ni,,dapat gak fokus nak wat assignment..
tapi,,cikit je r,,
nak wat banyak2 pon susah..
kalo sume bedal internet (teknik copy dan paste)
bila nak pandai cam 2 huhu


So,,
berbalik la kita ke tajuk malam yang dingin ni,,haha


ingat nak g karaoke,,
tapi x jadi,,its ok bebeh,,
lain kali ley pergi lagi..


aku g Putrajaya (macam gempak je dengo)
aku rase kali ke seratus sembilan belas (dengan nombor 119) hahaha
xde pape pon
just night view agak menawan (pencahayaan freemason di hujung tiang)
agak kontroversi disitu hehe
overall
mmg r cantik
kalo lah aku ade kamera yang muncung tajam
da lame aku berkhemah kt tepi jambatan putra 2 hahah


tibe2 ngah syok2 drive
ade lak nampak segerombolan bangunan baru
mmg x penah nampak
sangat semat
lokasi : round about hantu nak ke PICC hehe
bangunan ala dubai
tinggi
ad 3 4 bijik
dalam 40-50 tingkat
selama ni x pasan
tadi terperasan
so,,stop jap nak tengok papan projek


pelik,,
x seperti kebiasaan
SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL
hahahah
xde pon ayat 2
(maybe 2 untuk orang kat kampung je)
cube try pasang kt Putrajaya
dorang wat bodo je
pasal dorg sume well educated
x teruja pon ngn ayat 2 hahaha
but im still vote Barisan
dont worry la Najib haha

Kat papan 2 die kate 2 bangunan kerajaan
kerajaan apakah itu?
langit?
x cukup ke setiap government dapat 1 bangunan sendiri
hehehe
ntah pape la,,
ntah2 CIA cawangan Malaysia kot hohoh

pape pon
b4 2 da hampa cikit
nak mkn nasi lemak ayam x dpt
ayam da abes
da r lapa dr siang x makan
hahaha
makan je la kacang ngn ikang bilis huhuhu
malam ni,, baik tido
mate pon da rabak
esok nak p Pagoh (umah mak mentua yang dilanda banjir)hahah

p/s : tadi lalu rumah tumbuhan jam2 pagi..semua budak penakot harap jek besa2 badan haha
(ody, afiq dan arzat)

maka,,selamat malam semua,,
(^_^)

ZzZzZzZzzzzzzzzZZZZZZ,,,,,,,,,,,,,,,,,




Tuesday, February 8, 2011

BADMINTON~~




SETIAP MANUSIA DILAHIRKAN UNTUK MENJADI KHALIFAH DIBUMI INI
(intro xde kene mengena pon hahaha)

Tiap2 petang kita diperuntukkan masa untuk bersukan,,
namun semester ni..
aku punya peruntukan agak terhad la plak,,


why??
kelas aku semuanya petang2 belaka (menjangkau waktu maghrib)
hahahaha


so,,so,,so,,
terpaksa aku mencuri masa walaupun ia akan merugikan waktu pembelajaranku,,


BADMINTON!!
sangat best,,
lagi2 lawan orang yang sama terer ngn kita..
bukan apa,,
at least kita kira fight r ngn aku,,

bukan nak kata aku terer
tapi aku ni hah
x cukup kelengkapan nak p men,,
raket ada..
shutlecock ad..
net ad(yonex lagi)hahaha


aku selalu dikecam,,
ohhh...
sedih hahaha
aku xde tracksuit dan kasut badminton,,
zaman sekolahku da berlalu
kalo time 2 aku ade sume 2,,
skrg ni,,
ape yang ad aku bedal pakai..


maka,,
suar slek+tshirt+selipar = g main badminton,,hahaha
ni lah pakaian rasmi aku,,
but
kalo aku ikut code (sport attire+bakat semula jadi)
mesti aku punya perfomance lagi gempak..
namun,,
xde masa nak ikut 2 semua
apa yang ad pakai,,
so..


petang ni kuliahku batal,,
aku sedang bersiap mahu ke court (bukan kes UKM4)
tapi court yang orang salu men pukul2 bola tangkis 2 hehehe


selamat petang dan sehingga ketemu di lain masa,,
adiosss

HOLLAAA~~



Setelah menjalani minggu2 yang tenat,,akhirnya aku ada masa gak nak tulis something dalam halamanku ini,,cheewaaahh~~

tapi,,air yang disangka tenang,,rupa2nya kembali mengganas kerana tugasan yang datang bertubi2 bagaikan petir yang ingin menyambar budak yang bermain layang2 di berhampiran pencawang TNB,,isk3

tapi sebagai manusia yang kuat dan cekal,,kita mesti hadapi jua,,
ape barang duk bilik wat tesis x campor orang la hape then time nak LI berebut2 nak masuk goverment,,bajet dorang kenal ko??cantik cikit(aku pon still x dapat tempat LI)hahahah,,,

untuk 2 minggu ni,,aku rasa amat bangga dan sedikit terkilan,,

bangga sebab KSAJ da tamat,,peh penat woooo,,,
macam uruskan olimpik plak,,

bangga yang lain plak ~~ kerja aku x penah tamat,,sekurang2nya orang masih percaya dgn khidmat kita dan kebolehan kita,,
yep,,ko boleh pis!!
walaupun ramai orang x suka ngn aku (target telah dikenalpasti) haha

yang sedihnya plak,,
adoi,,,
LI..
bila la sempat nak uruskan,,
mintak2 kali ni dapat la,,sirih pulang ke gagang,,
KLUANG le tempatku ber LI nampaknya,,

lagi sedih,,
JKV ku telah hilang dari pandangan mataku buat beberepa ketika ni..
x tau la kat mana..
aku x ley watpe laaa,,
2 ketentuan..
so aku skg berdoa je motorku kembali kepangkuanku..
nek kete g kelas,,
nek kete
parking cam haram,,
nasib baik setakat ni x penah kene clamp..

lagi 1,,
berita sedihku,,
awekku,,
kejap ok jap dak ok,,
aku pon heran laa,,
aku sayang die..
tp
ntahla
nasib baik aku de 2 awek,,
awek ku yang kedua ni r wat hati terubat
walaupun sedikit kecil dan comel
but ajak p mana2 on je,,
aku heret sana sini..
kalo yang lama ni leceh..
nak berwayar sana sini..


ohh,,
CQ40 lamaku..
dan
HP(pe ntah modelnya,MINI kot)
terpaksa laa aku tgk movie guna laptop kecik,,
tapi bateri tahan lama,,
agak suka disitu,,
hahahahahahahah~~~

so,,untuk minggu2 mendatang
aku akan lebih sibuk..
dengan pelajaran,,
x lupa gak..
kerja2 amal,,
skang ni tolong banjir lak,,
mesti tolong..kalo x tolong orang akan ramai lemas..hahaha
so PAGOH..tunggu aku,,
makanan banyak..
aku tengok beras cecah siling dewan 2
suka rakyat MALAYSIA ni ek menderma..
bagus2
~~~~~~

so..next time aku tulis lagi..
skang da malam(pagi actually)
time for sleep..
bantal oh bantal,,
baibai..hahaha



Friday, January 28, 2011

PASUKAN SAYA





FIRST ELEVEN OF THE SEASON: FABIANSKI, DJOUROU, KOSCIELNY, SAGNA, CLICHY, SONG, WILSHERE, NASRI, ASHAVIN, FABREGAS & V. PERSIE
MANAGER : ARSENE WENGER



haha kalo dapat kalender ni,,smart ni hoho

Tuesday, January 25, 2011

cuti~~



hari ni,,dan maybe esok sehingga aku habis dari kesibukan,,
maybe aku x kan menulis dan mengepost apa2 di blog ini,,
aku masih dalam masalah,xtau sama ada aku yang reka sendiri atau ini takdir yg ditentukan untuk aku,,

kepada pihak yang terlibat,,aku mintak maaf sangat2,,
aku sendiri sedih,,
tolong bagi saya peluang..
saya harap kamu fahamlah ek,,
kamu x salah,,
saya yang sendiri menimbulkan masalah,,

:(
moga2 hati ni dijauhkan dari membuat perkara2 yang diluar dugaan,,,
selamat malam,,

Sunday, January 23, 2011

HAMPA,,



Tempat LI yang hanya tinggal kenangan


Hari ni jam2.30 Petang,,Isnin,haha
skg berada di kelas,,jgn sgka daku dibilik pula ya,,
hahaha
bese r,,
laptop ade,,bateri lifetime lebih panjang dari CQ40 aku yg lepas,,
senang dibawa(xperlu memikul) hahaha kesana sini,,


pehh!!
agak panas la gak arini,,
panas cuaca mahupun panas dalaman,,
mana taknya,,
aku gagal untuk mendapatkan tempat LI di JPM ,PUTRAJAYA...
sambil aku menaip ni,sahabat aku(akmal ~setan merah~)hahaa sedang menjenguk2 tulisan aku ni,,

Disini,,bukan aku nak cakap ape,,
aku x puas hati je dengan cara dorang( Pejabat Kerajaan )
katanya,,tempat ni x ley wat LI r dik,,
hah??
aku terpana,,

WTF(plat KL plg Famous)
sedih siot,,
aku x demand gaji pon (cakap pon tadak la)
hape la,,
aku nak dapatkan pendedahan je kot,,
sob3~~

tempat ni tempat sensitive dik,,
tiada keperluan nak menerima pelajar,,
rahsia kerajaan banyak,,
dan macam2 lagi,,

Ape la makcik ni merepek,,
aku nak LI,,nak cukupkan kredit(elak x dapat grade)
bagi je r,,
aku bukan SPY ke hape nak pecah rahsia kjaan,,
kalo tau pon aku wat bodo je,,

hahahaha no hal lah!!
pasni kene jumpa MR MAEN lagi r gamaknya nak p cari tempat lain,,
any suggestions??
xpe,,terpaksa la gua balik ke KG Kluangku yang tercinta,,
mintak kat Pejabat Tanah dan Galian,,hahaha,,

so,,sambung blaja balik ni,,ape la lecture aku cakap ni ek,,adoii,,elak kene tanye terpaksa r aku senyum je (^_^) hohoho,,,



PENING







DOWN LAGI SEKALI,,AKU X TAU KENAPA,,
MAYBE AKAN OKEY DALAM BEBERAPA KETIKA,,TERIMA KASIH


Saturday, January 22, 2011

KLUANG KU ~~




hahaha,,Kluang!!
apa yang ada dengan Kluang??
asal taksub sangat??
xde pape sebenarnya,,
Kluang tempat aku tinggal sebenarnya..
untuk 10 tahun kebelakangan ni~

Sejak pindah kat Kluang,,aku membesar bersama pembangunan disini,,dari sebuah pekan yang hanya dikenali kerana Kopi Stesennya, Kluang terus membangun,,

namun,,
memang r Kluang ni x macam JB. api bagi aku semua da ad kot,,
penduduk pon ngam2 je,,x ramai x cikit (tapi ramai kot)

hahaha,,wahh..
kat cini aku sebagai warga Kluang nak kenal2kan lah tempat yang best kt Kluang,,,



Hutan Lipur Gunung Belumut : Gunung die x bape tinggi tapi trek die jauh dlm 7km!!


Ni la pemandangan Shell (tempat aku kerja ketika harga minyak naik cecah 2.70)



Kluang Mall(gambar sebenar k bukan ilustrasi pelukis haha)



Sumber tEnaga di KLUANG




Yang famous!!

Dibina sepanjang aku form5 (abis SPM je terus siap)


Orang cakap,kalo x penah g jangan jadi orang Kluang,,
tapi mmg aku x penah g,,haha



Friday, January 21, 2011

Prasyarat Demokrasi VS Prasyarat Graduasi




Kembalikan pemerintahan Khilafah Islam~~Ketamadunan Islam


Mamat Aristotle ni bersama Plato wujudkan Demokrasi


Ahhh!!
lantak la 2 sume,,demokrasi x demokrasi layan kan je,,
Tesis aku ni,kalo x wat cmana nak grade,,
so,,hujung minggu yang nyaman ni,,kita menulis la yek tesis,,
jgn lupa lak timeline yang aku da wat 2,,
kang menipu diri sendiri,sendiri yg susah,,hahaha


PRASYARAT GRADUASI YANG AMAT DIGERUNI
ELAK DA WAT TAPI MARKAH RENDAH KENE REPEAT,,FUUHH MINTAK DIJAUHKAN
TIADA SCROLL DAN TOPI JIKA UNIVERSITI TAK TERIMA TESIS KITA LAGI


p/s : tesis yang baik lect buat p convention or talk : macam die punya kajian lak,,hahaha

TESIS THE SERIES,,HOW TO FINISH THIS ...



Tesis??ohh,,
sungguh memalukan,,
aku rase bab 1 aku da ley anta 2 minggu lepas,,
tapi kenapa malas tol nak masukkan dlm pdrive ek,,

hantar b4 18hb 4 2011,,

so due date yg diberikan amat best,,
aku tgh pikir,,ley siap ke ek??
tapi disini,,
ada beberapa langkah dramatik yg bakal aku buat,,

hahahahah,,

sekarang :

21hb 1 2011 : hantar bab 1
26hb 1 2011 : betulkan bab 1

7hb 2 2011 : hantar bab 2
10hb 2 2011 : betulkan bab 2

21hb 2 2011 : hantar bab 3
24hb 2 2011 : Pembetulan bab 3(confirm byk salah)..

7hb 3 2011 : bab 4,,hantar kepada En Jamaie (reject)haha
11hb 3 2011 : Semakan semula dan hantar

21hb 3 2011 : hantar bab 5
28hb 3 2011 : finalise

aduh
berangan je aku ni,,
tapi ley ke ikut jadual ni??
hahaah
kalo aku x wat,,aku tipu diri sendiri,,
hahah

tapi InsyaAllah,,
boleh kot,,
in the on of march, i'll complete my tesis,,
harap semua yg baca ley tolong ingat2 aku ek,,
ok smart,,

ade sedikit pantun disini,,

Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati

Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat

Anak rusa nani
Baru kembang ekor
Apa dosa kami
Lalu tidak tegur

so ptg2 gni,,jom kita membasuh kereta,,adioss...



Thursday, January 20, 2011

~~sahabat yang baik~~luahan seekor ayam serama...




Selamat hari Jumaat dan bersolat Jumaat,,hehehe
hari ni hari Jumaat,, sayyidul ayyam,,,

hari ni,,aku bangun tido je,,aku masih x ley lupa tragedi semalam,,
bru aku ingat, Thaipusam,,
maybe kalo Hari Raya Puasa ley la kot dorang nak bermaafan,,
tapi dorg ikut Thaipusam patot la gayanya cam 2,,

x kesa lah,,
tapi aku mmg da terkena semalam,,

hari ni,,aku nak la sentuh cikit tentang gejala2 x sehat ni,,
contohnya kronisme,,,

pa die ek menatang 2??
kronisme + konspirasi + manusia yang menurutinya = aku jadi mangsa

eh,,tol ke aku punya rumus ni??
jap2 aku tol kan,,hahaha

kronisme + konspirasi + {kepala geng + manusia yang menurutinya(x7)}
= Hafiz Rais


Kawan2,,
pening aku nak tengoknya,,
masing2 muka bukan main matang,,
tapi macam mana ley jadi ek??


tengok yg sorg 2, mak aii alimah,,tp terjebak
yg sorg 2 plak, aku rase die plg baik la, ley follow gak
yg sorg ni, aku rase die mmg da lame x ske ak,
yg sorg ni plak attact sorg automatik kt sana terasa(saling berhubungan)
yg ni plak,, men ikut je,suka tumbuk org
hok yg ni,,aku rase die x bape benci aku sgt,,die ok ngn aku(PSP)
yg ni kot,,aku rase die kepala,,msg aku x paham then ckp aku wat perangai,,


aku tau korang kuat,,
aku pon sebahagian dari korg,,
tapi da wat salah,,usahkan maaf tegur pon x nak,,
aku tuntut sapaan je dar korang,bukan sarapan,,
bukan susah pon,,
ego berkelompok korang 2 ketepikan la..
aku da x kesa da x ajak ke sarapan ke ap,,
tapi korang yang wat bodo ngn aku,,
so aku x kesa la nak wat makin bodo ngn korang (such as dis post),,,


aku rase post aku ni,,ayam serama pon ley paham,,
xkan korang lagi slow dari ayam serama kot (sentap),,

nak dituntun ke sana sini,,,,

~saya ayam serama,,saya x x pernah mengamalkan konspirasi kerana saya ada pendirian saya sendiri,,jika kamu manusia,,kamu patot malu dengan tindakan kamu kerana kamu manusia dan ada otak,,,


adegan ketika 2 org dri mereka chat di FB:

eh ko da tegur apis ke??
lom2,,xyah tegur,,pe barang tegur die,,
geng kita kan ada,,

ingatlah,,time sng x lama,,
pasti ad time yg korang akan alami kesusahan,,
jangan fikir hidup ini indah ke penghujungnya,,


cuba salah sorg dari korg berada ditempat aku skg,,kasi test cikit tengok ape jadi,,
masih dengan ego yg tinggi??

ya,sudah tentu,,
orang yang selalu buat bende,,demi kepentingan die,,mmg xkan ley jatuh tahap keegoannya(untuk seorang individu saja, teka la kalo terer),,

ajak kembo,,
kembo ckp ngn aku pon,,salah sorg ajak gerak pon time pg nak gerak 2,,
yg lain2??wahh awal2 da stanby,,
then suh naik kete aku,,
asal x nak naik kete korg je??
salah sorang dari mereka,,ad post kat FB malam sebelum gerak,,
apa??teruja??
aku pon teruja gak,,kerana korang tinggalkan aku,,


oopss lupa,,kembo x daftar ahli kete korang..
Kembo,,die nak kamera ko je weh,,sedar lah cikit,,
tapi nasib baik,,muke dorang lgsg x de dlm kamera ko kan,,
terselamat la kamera ko dari capture muka2 orang yang lupakan kawan,,


INI HANYALAH LUAHAN,,SAPE YANG TERBACA X PAHAM xpe la..
pasal aku mmg tujukan wat org yang paham je,,
pasal aku mmg suka org yang tersedak ketika makan tp demi untuk nk menyedarkannya,,
susah nak sedarkan ni,,kelompok la katakan,,hahaha

ok2,,fun time starting after Solah Jumaat,,
ada duit keluar lah esok or lusa,,kalo x,,duk lik je r wat tesis,,hehehehe

SALAAAMMM!~~


~~hari yang tiada kemaafan bagi sesiapa~~KHURAFAT-PERJANJIAN SYAITAN



hari ni,,Thaipusam Day..KHAMIS 20HB 1 2011,,,,

Hari yg sepatutnya bahagia
bertukar jadi tragedi,,,

x usah aku tunjukkan jalan ceritanya,,
mereka boleh paham sendiri,,
ini kah kawan??

kawan ap?
kawan yang bersekongkol sesama sendiri??
mereka 8orang, aku sorang,,

aku yg ego??
atau sape yg ego??
membuat keputusan berdasarkan satu kepala yg memberi pandu arah kepada yg lain..
yg lain??
ya bos,,kami buat..
kami akan boikot dia,,
maruah dimana??


dah la lambat,,boleh berhenti masukkan makanan tanpa beri info kepada yg lain,,
then menuduh aku yg bukan2,,macam kanak2..
kanak2 pon tau untuk beza2kan sesuatu,,
xkan aku x pandai..


Tambahan pula,,langsung tiada siapa yang berani menegur atau menyapa aku..
ketika tiba ke destinasi..
tapi kenapa semua??


kalo seorang terlepas untuk menegur aku,,maybe aku ley cakap ini bukan konspirasi,,
tapi tahniah,,
semua berjalan lancar,,kapten memberi arahan dengan baik..
anak buah mendapat A+ aka 4.00 bagi subjek ini..


Biar aku memikirkan hal ni,,pasal korang xde sentimen untuk jaga hati seseorang,,
sangat best diperilaku sebegini,,

hahaha,,
sungguh x disangka,,
kalo da baca,,komen2 la ek,,
patu gtau yg lagi 7 orang,,
oopss~~,,ni kawasan aku,,
bace je r ek,,
dont noughty2 k,,haha

p/s : demi hari ni,aku sanggup x tido,,sangat happy la,,best la korang semua~

Tuesday, January 18, 2011

Mari Bersama Menjayakan KSAJ IPTA 2011







PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ) UKM DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN, BELIA 4B JOHOR DAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA AKAN MENGANJURKAN KARNIVAL SUKAN ANAK JOHOR IPTA 2011...SILA LAWATI UNTUK MAKLUMAT LANJUT :


CEMERLANG BERSAMA JOHOR,,,,,

Saturday, January 15, 2011

Perangai manusia pelik,,,,,



Sekarang jam 5.00 petang,,,
Sabtu / 15.1.2011

Aku kat bilik,,
pelik dan pelik,,
nape aku ada kat bilik,,
pe barang ade kereta tapi duk bilik,,
tapi 2 la hakikatnya,,

Pagi tadi,,smpai jam3ptg barangkali,,,
aku ade kat PERMAJ,,
bersama kawan2 dan adik2 PERMAJ,,,

selalunya,,kitorang akan keluar bersama2...
tapi aku rasa,,da lama kita x keluar bersama,,,

hari ni aku da peruntukkan hari aku tuk dak PERMAJ

bukan setakat hari ni je,,

malah,,tiap2 hari,,,

tapi, apa masalahnya dengan hari ini,,,

Maybe ni la tanda2 org da berumur,mudah kecik hati..haha
xpe la semua..
thankz la 4 ur cooperation arini,,



Aku sanggup membantu sampai bila2 pon,,2 janji aku pada PERMAJ,,
selamat petang dan selamat tidur bagi yang tidur petang haha