~~KERETAKU~~

~~KERETAKU~~

Monday, October 11, 2010

Kemalangan Maut Membabitkan 6 Buah Kenderaan



Honda Accord yang remuk



Mangsa2 sedang menunggu rawatan bergelimpangan di atas highway



Kesesakan lebih 10km , orang ramai berpusu2 mahu melihat kemalangan



Myvi yang dihempap Bus Ekspress Delima


Tarikh 10.10.2010 bukan sahaja menjadi tarikh keramat bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan, tetapi jugak tarikh yang amat memilukan kepada keluarga mangsa-mangsa kemalangan ngeri yang berlaku di kilometer 223.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat.

Sebanyak 6 kenderaan terbabit di dalam kemalangan maut ini iaitu Bas ekspress Delima, Bas Jabatan Kebajikan Masyarakat, Toyota Vios, Perodua Myvi, Honda Accord, dan Toyota Hiace.

Kemalangan yang membabitkan 6 kenderaan ini mengorbankan 12 orang dan 40 orang yang lain cedera parah.

Kemalangan ngeri ini disifatkan paling tragis untuk tahun ini.

Kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit menghempap dua kereta dan kemudian melanggar sebuah van sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja’afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.

PERHATIAN: Gambar di bawah sekadar untuk paparan umum dan memberi pengajaran kepada pengguna lebuhraya di Malaysia.



Sumber: (Gambar) Kemalangan Ngeri Pada Tanggal 10.10.2010 Yang Membabitkan 6 Kenderaan |HAFIZ RAIS

UPDATE: Berikut senarai nama 11 dari 12 mangsa yang maut kemalangan bas yang telah dikenalpasti:

1. Ramachandra Ramasamy, 52 tahun pemandu bas Delima Ekspress dari Batu 3 3/4 Kg Tengah Klebang Besar, Melaka.

2. Muhammad Farrizudin Talib, 19 tahun dari Batu 3 Balai Panjang, Melaka

3. Nurshapika Baba, 19 tahun dari Pokok Mangga, Melaka

4. Azizi Ajiz, 20 tahun dariBt 27 Kg Gapis Nyalas, Asahan, Melaka

5. Norazmi Abdul Karim, 24 tahun dari Bt 20 Kg Pondok Kempas Selandar, Jasin Melaka.

6. Cin Thwa Tuang (Warga Myanmar)

7. Pau Khan Tual, 21 tahun (Warga Myanmar)

8. Kam Khaw Tual, 19 tahun (Warga Myanmar)

9. Ng Sok Kwan, 50 tahun

10. Shorene Sofea Fadzry Tan, 18 tahun dari Taman Semabok Perdana, Melaka

11. Goo Chuan Heng, 34 tahun (Pemandu Van) dari Taman Maju, Batu Pahat, Johor.

12. Identiti belum dikenalpasti.

Jumlah – 12 kematian.

UPDATE 1: 3 lagi mangsa yang cedera parah, meninggal dunia hari ini. Menjadikan kesemuanya 15 maut dalam kemalangan ini.



Sumber: (Gambar) Kemalangan Ngeri Pada Tanggal 10.10.2010 Yang Membabitkan 6 Kenderaan | HAFIZ RAIS

No comments:

Post a Comment